Friday, May 22, 2009

Kesilapan yg kte tidak sedari...

Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...

Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan...secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang brokerkereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegunmelihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencarisatu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewabulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliaumembeli kereta ini secara percuma?

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkansatu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkanduit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluardari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri andahabiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta,rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulanakaun bank anda semakin berkurangan. :-(

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satupunca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah,anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, gayapos, mlm , ejen insuran, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

No comments:

Post a Comment